Kita merancang, Allah merancang, dan Allah-lah sebaik2 perancang!
************
alhamdulillah wa syukurillah kerana kami baru saja berpindah ke rumah baru semalam. apartmen 3bilik ini terletak di kawasan yg sama cuma blok berbeza. semuanya berlaku begitu pantas, begitula apbla Tuhan sudah menghendaki sesuatu maka jadilah ia!
ikut perancangan kami nak berpindah pda bulan 4 yg lalu, iaitu sblm umi bersalinkan ammar, rumah 2bilik tu dah ada ( msh di kawasan sama blok berbeza), sewa $700. tapi ntahle byk sgt halangan perasaan ketika tu.. so tak jadi amik, takpele teruskan berpantang dan bernaungle kami 5 anak beranak dalam umah 1bilik tu, serta berserah saja kat Allah Maha pengatur rezeki.
selama 6 bulan menunggu akhirnya panggilan yg dinanti tiba..
********************
isnin malam 2/11 : Pengurus rumah, Sonnie (philiphines) datang kutip sewa bitau ade umah 3bilik sdg kosong.
selasa tenghari 3/11: tgk umah dgn sonnie
selasa petang 3/11: confirm amik umah, terus bayo sewa n deposit.$800 depost 1bln+$800 sewa Nov=$1600= lebih kurang RM3872.. (Umah sewa dulu $500/bln)
selasa petang to malam 3/11: kemas barang kendian pindahkan ke umah baru
by 11pm : officially selesai berpindah ke rumah baru dan terus 1st night kat situ.
semuanya berlaku dlm 24jam!terima kasih bebanyak kat kengkawan yg sudi tolong angkat barang, nazri din, hairul dan nizam (sian nizam angkat tong gas penuh sorang2 :) ), tq gak kat kekanak2 datang bg 'moral support' kat fathimah, muhammad dan ammar he he..
insya Allah ada rezeki ingat nak buat kenduri doa selamat dalam waktu terdekat ni, tak pon open house ke raya aji nanti :)
ciri2 umah baru:apartment ni alhamdulillah rasenye sgt berbaloi dengan sewa $800/bln tu. ada 3bilik tidur (semua biliknya lebih besar dari bilik kami di apartmen lama)
masih di kawasan umah sama sebab sukale kawasan ni, sgt dekat dengan bandar sri bagawan, gadong, dekat tmpat kerja, kawasan perumahan bersih, ada maintenance yg bagus, dekat dgn semua kemudahan le dipendekkan cite.. thats why maleh nak cari kawasan umah lain, sanggup dok dlam waiting list selama 6bulan!
ada 2 bilik air (satu bilik air ada bathtub dalam master bedroom-sonoknya anak2 nmpk bathtub tu! )
fully furnished-sofa set,dining table,washing machine,peti ais, kitchen, etc.
luas (2x umah lama),
ada emergency door,
kawasan ampaian baju yg luas di sebelah washing machine,
kesimpulannya alhamdulillah mmg gembira dapat pindah sini,walaupun tak beso n mewah cam umah org lain tp yg penting anak2 dapat membesar dalam suasana rumah yg lebih selesa dan senangla umi nak run aktiviti homskul kami nanti.
apepon, bukan besar atau keciknya sesebuah rumah tu yg menentukan kebahagiaan rumah tangga dan keluarga, yg penting ada barakah dan rahmat Allah swt dalam rumah itu lantaran kesungguhan setiap ahlinya yg komited menjga hubungan dengan Tuhannya dan sentiasa memperbaiki diri dari masa ke semasa.
wallahu'alam..
p/s:gambo tak dan nak amik sebab kamera letak ntah mane.. nantile ade mase uplod gambo umah yg baru. skrg tengah bz kemas umah dengan 'dibantu' anak3...he he..